Breaking

Wednesday, 2 August 2017

Bercuti Di Rumah Rakit | Rumah Rakit Hobbit Sekroy

Bercuti Di Rumah Rakit | Rumah Rakit Hobbit Sekroy

Keseronokan bercuti bersama rakan - rakan adalah satu kenangan yang terindah... Apatah lagi jika keseronokan itu dapat dikongsi bersama orang yang tersayang.. Untuk memilih tempat bercuti bukanlah satu hal yang mudah, tambahan lagi sekiranya perbincangan itu tidak mendapat persepakatan diantara ahli - ahlinya kan... Coretan ini hanyalah sekadar mengutarakan cadangan tempat kepada mereka yang mempunyai hobi yang sama dengan saya.. Tempat yang sunyi sambil menikmati keindahan alam di waktu malam.. 

Percutian Yang Penuh Aktiviti

Bercuti ditempat yang tidak menggunakan kos yang tinggi adalah sukar ditemui tambahan lagi dengan aktiviti yang ingin dijalankan bersama tanpa menghilangkan mood berseronok kan..

Bercuti sambil memancing?? Saya akui, bukan semua mempunyai minat yang sama, tambahan lagi hobi memancing yang kadang kala dikatakan sebagai hobi membuang masa.. Namun kini, memancing bukanlah sekadar hobi, malahan ianya kini telah dikategorikan sebagai sukan...

Kini banyak kolam atau rumah rakit untuk melepaskan gian memancing, namun harga sesuatu tempat itu menjadi ukuran di zaman GST ini.. Mari saya perkenalkan satu tempat bercuti yang terbaik, termurah dan boleh menjalani aktiviti sebebas yang anda suka... Hehehe.. 

Rumah Rakit Termurah
Bercuti Di Rumah Rakit | Rumah Rakit Hobbit Sekroy
Keadaan di rumah rakit.. Sempoii dan sesuai dengan kaki casting 


Bercuti Di Rumah Rakit | Rumah Rakit Hobbit Sekroy
Kemudahan dapur, tempat bbq, air bersih dan semuanya lengkap

Bercuti Di Rumah Rakit | Rumah Rakit Hobbit Sekroy
Salah satu kumpulan yang pernah menyewa rumah rakit Hobbit ini... 



Kalau inginkan hasil memancing yang lumayan, pastikan pemilihan tarikh adalah sesuai.. Kenal pasti jadual pasang surut air pada bulan - bulan tertentu. Tapi saya difahamkan, ada dikalangan mereka yang berkunjung di sini hanyalah sekadar melepaskan penat lelah dan melarikan diri dari kesibukan kerja di bandar tanpa memikirkan hasil memancing.. Mereka hanya menikmati keindahan alam semata mata...

Aktiviti Tambahan Untuk Menambahkan Hasil

Memancing tidak menjanjikan hasil yang memberangsangkan, kalau ade rezeki Allah bagi, dapatlah rasa bersama - sama.. Kalau takde, hanya mampu ketap jari jelah..

Pemilik Rumah Rakit Sekroy, Abg Awie juga faham dengan keadaan ini.. Dia memaklumkan,kalau nak memancing luar dari kawasan rumah rakit dengan menaiki bot, penyewa hanya perlu membayar sejumlah wang (bergantung kepada budi bicara Abg Awie untuk membayar kos minyak) dan hasilnya 100% kepunyaan penyewa...

Kadang kala juga, Abg Awie akan memancing dengan menggunakan kaedah 'Rawai', kepada mereka yang berminat untuk 'follow' dialu - alukan.. Tapi pastikan korang tak mabuk laut... Saya sendiri pernah follow Abg Awie ke laut dan melihat sendiri cara beliau mendapatkan hasil laut dengan menaiki bot... Alhamdulillah tak mabuk laut walaupun keadaan ombak yang bergelora...

Bercuti Di Rumah Rakit | Rumah Rakit Hobbit Sekroy
hasil kitorang hari itu


Nak bercuti di rumah rakit Hobbit?? Apa lagi tunggu, hubungi Abg Awie di talian : 017-6182441

Contact melalui Facebook lebih senang.. Ape - ape hal boleh hubungi beliau.

Lokasi: Just waze House Boat Hobbit Sekroy





No comments:

Post a Comment

Adbox